Pada 27 Mac 2021  Yang Amat  Berhormat Dato’Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof, Menteri Kanan Kerja Raya Malaysia telah melakukan lawatan kerja ke lokasi kerosakan jalan akibat banjir lumpur di FT185 Sek 60 – 62 Jalan Lojing – Gua Musang, Jajahan Gua Musang Kelantan. Turut sama dalam lawatan tersebut ialah Yang Berbahagia Tuan Ibrahim Bin Isa, Pengarah Cawangan Senggara Fasiliti Jalan Jabatan Kerja Raya Malaysia dengan diiringi oleh Pengarah Urusan Roadcare (M) Sdn Bhd Dato’Sri Muzaffar Syah Bin Abd. Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif Roadcare (M) Sdn Bhd , Dato ‘ Wan Imran Bin Wan Omar.