Pada 3 Ogos 2023, Pihak Roadcare telah mengadakan lawatan ke FT34, Sek 5.00 – 8.00 Kuala Lipis Pahang untuk melihat pembaikan kerosakan jalan konkrit dan juga cara kaedah pembaikan di jalan tersebut.Turut hadir dalam lawatan ialah En Abdul Rashid Bin Abd Halim – Pengurus Besar Teknikal, Pn Wan Radhiah- Pengurus Operasi, En Ali Bin Abdul Rahman – Timbalan Pengurus Wilayah Pahang dan juga Team Roadcare kawasan Kuala Lipis .