Pada 19 Mei 2024 , YB Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi telah sudi mengadakan lawatan turun padang  bagi meninjau projek menaiktaraf jalan persekutuan di FT3210 dari persimpangan Batu 9 Ke Persimpangan Jalan Dato’ Alias Termasuk Pembinaan Jejambat Merentasi Persimpangan Batu 9, Cheras, Daerah Hulu Langat, Selangor. Antara yang mengiringi beliau dalam lawatan ini ialah Timbalan Ketua Setiausaha, YBhg. Dato’ Zahrul Hakim Bin Abdullah dan Timbalan Ketua Setiausaha (P), YBRS. En Mohd Sakeri Bin Abdul Kadir.

Bersama dalam lawatan ini, turut serta daripada pihak Roadcare iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Roadcare, Dato’ Wan Imran Bin Wan Omar dan juga Pengurus Besar Roadcare, En Nikifli Nurizan Bin Nik Saad.