Majlis Cabutan Kerja Undi Di Bawah Program Mempercepatkan Penyenggaraan Jalan Dengan Memanfaatkan Kontraktor Gred G1-G4 Bagi Program Penyenggaraan Berkala Pavemen Dan Berkala Bukan Pavemen Tahun 2024

Pada 23 Mei 2024 bertempat di Park Inn by Radisson Putrajaya telah diadakan Majlis Cabutan Kerja Undi di bawah “Program Mempercepatkan Penyenggaraan Jalan Dengan Memanfaatkan Kontraktor G1-G4 Bagi Program Penyenggaraan Berkala Pavemen dan Berkala Bukan Pavemen Di Sepanjang Jalan Persekutuan Di Negeri Selangor, Pahang, Terengganu dan Kelantan (Zon Tengah/Timur) yang disempurnakan oleh YB. Datuk Seri Haji Ahmad Bin Haji Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia. Turut bersama -sama dalam majlis ini ialah YBhg. Dato’ Zahrul Hakim Bin Abdullah, Timbalan Ketua Setiausaha (Sektor Dasar & Pembangunan), Kementerian Kerja Raya Malaysia.

Tetamu jemputan turut hadir dalam majlis ini ialah Presiden Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas F Malaysia (PERKOBF), Encik Tukiman Bin Radion, Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM), YBhg. Datuk Hj. Mohd Rosdi bin Hj. Ab Aziz, Naib Presiden Persatuan Kontraktor Bumiputra Malaysia (PKBM), YBhg. Dato’ Marsum bin Paing dan juga Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Bumiputra Kelas F Malaysia (PERKOBF) Negeri Pahang, Pn. Norhamila binti Mohd Datar.