Majlis cabutan undi kerja berkala undi pavement telah diadakan secara online pada 7 Jun 2023 bertempat di Hotel Park Inn By Radisson Putrajaya Kajang Selangor. Cabutan Undi ini adalah untuk kerja kerja berkala pavement bagi kontraktor Kelas G1 sehingga Kelas G4 bagi kerja Zon Tengah dan Timur. Kerja-kerja ini adalah dibawah peruntukan Program Mempercepatkan Penyenggaraan Jalan Persekutuan dengan memanafaatkan Kontraktor Kelas G1 – G4 bagi tahun 2023.