Majlis Cabutan Undi Kerja-Kerja Berkala Pavemen Tahun 2022 Daerah Kuala Selangor

Pada 29 September 2022 telah berlangsung Majlis Cabutan Undi Kerja-Kerja Berkala Pavemen Tahun 2022 bagi Daerah Kuala Selangor secara fizikal, bertempat di UiTM Puncak Alam.

Menteri Kanan Kerja Raya Malaysia, YB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof berbesar hati merasmikan majlis; yang turut diserikan dengan kehadiran Tetamu Kehormat, YB Senator Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan Malaysia.

Roadcare mengucapkan sekalung TAHNIAH kepada kontraktor-kontraktor yang berjaya dalam cabutan undi ini. Semoga kita dapat memikul tanggungjawab yang diamanahkan ini dengan baik dan sempurna.