Bingkisan suasana Majlis Jalinan Mesra Roadcare 2023 yang telah berlangsung pada 25 Mei 2023 di Dewan Perdana FELDA, Kuala Lumpur. Majlis dimeriahkan dengan kehadiran staf-staf Roadcare dari Ibu Pejabat KL, Selangor, Pahang, Terengganu dan Kelantan; selain kehadiran klien-klien, subkontraktor, rakan niaga dan kakitangan syarikat-syarikat di bawah naungan Protasco Berhad.
Kehadiran tetamu-tetamu terhormat turut sama memeriahkan suasana majlis.
Merah menyala si buah ceri,
Sungguh cantik berseri-seri;
Terima kasih ucapan diberi,
Kerana sudi datang ke majlis kami.
Kuning emas masaknya padi,
Mawar merah dalam jambangan;
Terima kasih daun keladi,
Kehadiran tuan/puan jadi kenangan.