Majlis Penyerahan Notis Laksana Kerja 2023 Negeri Selangor telah diadakan pada 13 Mei 2023 bertempat di Park Inn By Radisson Putrajaya Kajang Selangor. Majlis ini diadakan untuk menyampaikan watikah setuju terima kepada kontraktor-kontraktor yang telah berjaya dalam tender sebutharga bagi kerja-kerja rutin bagi tahun 2023. Dalam majlis ini juga turut diadakan sesi taklimat berkenaan kerja-kerja tersebut. Notis-notis ini telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Roadcare (M) Sdn Bhd, Dato Wan Imran Bin Wan Omar.