Majlis Penyerahan Surat Lantikan Sub-kontraktor 2023 Negeri Terengganu  telah diadakan pada 11 Mei 2023 bertempat di Elysium SkyBridge Drawbridge Kuala Terengganu. Majlis ini diadakan untuk menyampaikan watikah setuju terima kepada kontraktor-kontraktor yang telah berjaya dalam tender sebutharga bagi kerja-kerja rutin bagi tahun 2023. Dalam majlis ini juga turut diadakan sesi taklimat berkenaan kerja-kerja tersebut. Notis-notis ini telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Roadcare (M) Sdn Bhd, Dato Wan Imran Bin Wan Omar.