19 Januari 2022 telah berlangsung Majlis Doa Selamat sempena Perasmian dan pembukaan cawangan Pejabat Roadcare (M) Sdn Bhd, Kawasan Klang (S3) bertempat di Roadcare (M) Sdn Bhd Pejabat Kawasan Klang, No. 58, Jln Bestari 6A,Bandar Bestari.
Majlis ini disempurnakan oleh Dato’ Sri Muzaffar Shah Bin Abdul Rahman, selaku Pengarah Urusan Roadcare (M) Sdn Bhd. Dengan pembukaan pejabat Roadcare cawangan Klang ini dapat memberi kualiti perkhidmatan penyenggaran yang lebih efektif dan cepat dalam menyelesaikan masalah jalan yang terdapat di kawasan Klang.