Pada 19 September bertempat di Bilik Tanjung Kementerian Kerja Raya telah berlangsung Majlis Pra Pelancaran World Roadcare Congress 2023 yang akan diadakan pada 2 – 6 Oktober 2023 di Prague Congress Centre, Prague Republic Czech. Majlis ini disempurnakan oleh YB Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya Malaysia selaku Ketua Delegasi Malaysia ke WRC 2023. Majlis penyampaian Cek Replika ini adalah sebagai simbolik daripada wakil -wakil syarikat konsesi jalan dan lebuhraya yang akan menyertai World Road Congress 2023 nanti. Pihak Roadcare juga turut terlibat sebagai syarikat konsesi jalan persekutuan dalam WRC ini. Penyampaian Replika Cek ini disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Roadcare (M) Sdn Bhd, Dato’ Wan Imran Bin Wan Omar kepada YB Menteri.