Pada 2 Jun 2022, Roadcare (M) Sdn Bhd telah mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri yang bertempat di Dewan Perdana Felda Semarak, Kuala Lumpur. Majlis tersebut telah berlangsung dari pukul 11.00 pagi sehingga 4.00 petang dan mendapat sambutan lebih dari 1,000 orang tetamu.Majlis dimeriahkan lagi dengan ketibaan tetamu kehormat iaitu YB Dato’ Sri haji Fadillah Bin Haji Yusof, Menteri Kerja Raya Malaysia, YBhg. Datuk Seri Haji Azam Bin Baki, Ketua Pesuruhjaya Pencegah Rasuah Malaysia, dan Menteri Belia dan Sukan.Roadcare (M) Sdn Bhd menjalankan aktiviti rumah terbuka ini dengan tujuan untuk mengeratkan lagi hubungan antara kaki tangan dalam syarikat disamping meraikan hari raya aidilfitri.