Pada 30 April 2024 bertempat di Dewan Tun Razak 4, World Trade Center Kuala Lumpur, pihak Roadcare telah menganjurkan rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri dengan bertemakan Raya Dolu-Dolu dengan dihiasi busana melayu tradisional. Majlis ini dimeriahkan dengan kehadiran tetamu – tetamu kenamaan diantaranya adalah Menteri Kerja Raya Malaysia , Dato Sri Alexander Nanta Linggi diiringi oleh Dato’ Ir. Hj. Badioezaman bin Ab Khalik, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) , Timbalan Menteri Kerja Raya,  Datuk Seri Ahmad Maslan, Ketua Setiausaha Kerja Raya, Datuk Seri Hj Hasnol Zam Zam  dan YB Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad, Timbalan Menteri Sumber Manusia.

Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran tetamu – tetamu jemputan terdiri daripada klien-klien, subkontraktor, rakan niaga, kakitangan syarikat-syarikat di bawah naungan Protasco Berhad dan staf-staf Roadcare dari Ibu Pejabat KL, Selangor, Pahang, Terengganu dan Kelantan. Terima kasih kami ucapkan.