Dewan Perdana Felda Kg Datuk Keramat, Kuala Lumpur bergemerlapan dengan kemeriahan warna-warni Syawal apabila Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Roadcare 2025 berlangsung dalam suasana penuh gaya dan kemeriahan. Bertemakan ‘Glamour Raya’, para tetamu hadir memukau dengan busana elegan, memperindah suasana majlis dan mencerminkan semangat Aidilfitri yang diraikan bersama.
Majlis dimeriahkan dengan kehadiran kakitangan Roadcare dari Ibu Pejabat KL, Selangor, Pahang, Terengganu & Kelantan, selain kehadiran klien-klien, subkontraktor, rakan niaga & kakitangan syarikat-syarikat di bawah naungan Protasco Berhad.
Terima kasih kami ucapkan kepada YAB Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri II, dan YB Datuk Seri Haji Ahmad Bin Haji Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya, atas kesudian hadir memeriahkan majlis. Semoga kemeriahan yang dirasai dapat dikenang bersama, dan jalinan mesra yang terjalin terus kekal utuh.
Rumah terbuka meriah berseri,
Gaya glamour jadi pesona,
Terjalin mesra ikatan hati,
Semoga ukhuwah kekal selamanya.














