Buat julung kalinya telah diadakan Majlis Rumah Terbuka Hari Gawai Dayak peringkat Kementerian Kerja Raya Malaysia bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kompleks Kerja Raya. Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran tetamu kehormat Perdana Menteri, YAB. Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri, YAB. Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof.
Ketibaan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri disambut oleh Menteri Kerja Raya, YB. Dato Sri Alexander Nanta Linggi bersama Timbalan Menteri Kerja Raya, YB. Datuk Seri Ahmad Maslan serta para pengurusan tertinggi KKR.
Sempena majlis ini pihak Roadcare telah dijemput untuk menyediakan juadah tradisional masyarakat Sarawak iaitu Mee Kolok . Diakhir majlis ini diadakan penyerahan ” Pledge Signing” kepada pihak konsesi yang disampaikan oleh YB Menteri Kerja Raya.