Pada 15 November 2023 telah berlangsung Majlis Tabung Kemanusiaan Palestin Kementerian Kerja Raya Malaysia 2023 di Bilik Tanjung Kementerian Kerja Raya. Majlis ini diadakan bertujuan bagi mengumpul dana untuk rakyat palestin yang terkesan akibat daripada peperangan dan penindasan daripada pihak israel. Pihak Roadcare melalui Program Tangunggjawab Sosial Korporat  (CSR) turut menyumbang dana yang telah dianjurkan oleh pihak Kementerian Kerja Raya dan dengan bantuan ini sekurang-kurangnya dapat meringankan beban rakyat Palestin. Sumbangan ini telah disampaikan oleh Pengarah Urusan Roadcare (M) Sdn Bhd YBhg. Dato’ Sri Muzaffar Syah bin Abd. Rahman kepada YB Menteri Kerja Raya Malaysia, Dato Sri Alexander Nanta Linggi yang mewakili bagi pihak Kementerian Kerja Raya Malaysia.