Management Review Meeting ISO 9001: 2018 & ISO 45001 : 2018 bagi edisi kali yang ke 34  telah diadakan di Hotel Waterfront Kuching, Sarawak yang dihadiri Pengurusan Tertinggi Roadcare, pengurus-pengurus serta ketua jabatan dari ibu pejabat dan semua pejabat Roadcare. Mesyuarat dipengerusikan oleh En Nikifli Nurizan bin Nik Saad selaku Pengurus Besar Operasi. Selain membincangkan perkara-perkara berkaitan ISO dan status kerja-kerja setiap jabatan; YBhg. Dato’ Wan Imran bin Wan Omar, CEO Roadcare turut berkongsi berkenaan hala tuju Roadcare serta menyampaikan amanat pihak Pengurusan Tertinggi bagi dikongsi kepada semua kakitangan Roadcare. Sebagai pemangkin bagi kecemerlangan yang berterusan, buat julung kalinya juga sijil penghargaan dan saguhati telah diberikan kepada 3 Pejabat Kawasan Roadcare yang cemerlang dalam pengurusan kerja penyenggaraan rutin dan Pejabat Wilayah Pahang yang konsisten dalam mencapai penarafan 5 bintang oleh JKR.