Management Review Meeting) ISO 9001:2018 & ISO 45001:2018 Edisi ke-34 telah berlangsung dengan jayanya di Hotel Waterfront, Kuching, Sarawak. Mesyuarat ini melibatkan kehadiran barisan Pengurusan Tertinggi Roadcare, para pengurus serta ketua-ketua jabatan dari Ibu Pejabat dan semua pejabat Roadcare.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh En. Nikifli Nurizan bin Nik Saad, Pengurus Besar Operasi, dan membincangkan pelbagai perkara berkaitan pengurusan ISO serta status pelaksanaan kerja oleh setiap jabatan. YBhg. Dato’ Wan Imran bin Wan Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Roadcare, turut menyampaikan amanat penting serta berkongsi hala tuju strategik syarikat bagi memastikan semua kakitangan memahami peranan masing-masing dalam merealisasikan visi dan misi Roadcare.
Sebagai inisiatif memperkasa budaya kecemerlangan secara berterusan, mesyuarat kali ini turut menyaksikan buat julung kalinya penganugerahan sijil penghargaan dan saguhati kepada tiga (3) Pejabat Kawasan Roadcare yang cemerlang dalam pengurusan kerja penyenggaraan rutin. Turut diraikan ialah Pejabat Wilayah Pahang yang berjaya mengekalkan penarafan 5 bintang oleh JKR secara konsisten.
Komitmen ini mencerminkan usaha berterusan Roadcare dalam memperkukuh sistem pengurusan kualiti dan keselamatan pekerjaan, seiring dengan matlamat syarikat untuk memberikan perkhidmatan terbaik dan berkualiti kepada semua pihak berkepentingan.