Kursus ini merupakan kombinasi dari pelbagai bidang seperti elektronik, elektrikal, mekanikal, sistem kawalan, komputer, rekabentuk automasi dan sebagainya. Kursus ini dibentuk selaras dengan persekitaran industri yang terkini dan memberi penekanan dan pendedahan kepada sistem automasi dan robotik yang terbaru pada masa kini.

  • Lukisan Kejuteraan
  • Penggunaan Hidraulik & Elektro-Hidraulik
  • Penggunaan Pneumatic & Elektro-Pneumatik
  • Sistem Servo
  • Sistem Elektroik Industri
  • Sistem Elektrik Industri
  • Penggunaan dan Tentukuran Mesin CNC
  • Sistem dan Peralatan Automasi
  • Pengurusan dan Penyeliaan

Syarat Kelayakan 

Diploma Teknologi Mekatronik (Tahap 2-4 ) untuk lepasan SPM:

  • Berumur 17 hingga 35 tahun
  • Warganegara Malaysia
  • LULUS SPM dengan LULUS BM, Sejarah, Matematik/matematik Tambahan dan satu subjek lain.

Diploma Teknologi Mekatronik (Tahap 4 sahaja):

  • Berumur 17 hingga 35 tahun
  • Warganegara Malaysia
  • LULUS SKM Tahap 3 dalam bidang H-170-3 (Juruteknik Automasi Senior) ATAU H-176-3 (Juruteknik Kanan Automasi) ATAU MC-091-3:2013 (Industrial Automation Engineering Supervision)

Mereka yang terlatih dalam bidang ini akan mempunyai peluang kerjaya yang sangat cerah untuk berkhidmat dalam sektor awam dan industri (swasta) yang menggunakan sistem automasi dan robotik seperti di dalam sektor industri pembuatan, pelabuhan, sektor elektrik dan elektronik, sektor petrokimia dan sebagainya. Para graduan boleh bekerja sebagai Juruteknik atau Juruteknik kanan dalam bidang-bidang seperti elektronik, elektrik, mekatronik, automasi, mekanikal, sistem kawalan, komputer, rekabentuk automasi dan sebagainya.