Protasco Berhad melalui anak syarikatnya, Roadcare (M) Sdn Bhd dan Protasco Trading Sdn Bhd turut sama menyertai pameran kejuruteraan bersempena Mesyuarat Jurutera Awam 2019 (MJA 2019) dalam usaha  mengetengahkan lagi kepakaran, servis dan perkhidmatan yang disediakan.

MJA  2019 yang bertemakan “Jurutera Awam Pemacu Infrastruktur Negara” telah berlangsung dengan jayanya pada 23 – 26 Jun 2019 bertempat di Hotel Movenpick And Convention Centre, Sepang, Selangor Darul Ehsan. Program yang berlangsung selama tiga hari ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Ir. Dr. Meor Abdul Aziz Osman, Ketua Pengarah Kerja Raya dan turut dihadiri oleh pegawai -pegawai kanan JKR, Ibu Pejabat dan Negeri.

Penganjuran kali ke 10 ini merupakan penganjuran bersama oleh Cawangan Kejuruteraan Cerun dan Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor. Program ini yang telah dihadiri oleh 252 orang peserta terdiri daripada warga Jurutera Awam, Jabatan Kerja Raya meliputi Ibu Pejabat, Negeri, Wilayah dan  Daerah.