Mesyuarat Jurutera Awam JKR Malaysia Tahun 2018 telah diadakan pada 5hb. hingga 7hb. Ogos 2018, bertempat di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) bertemakan Memperkasakan Jurutera Awam Ke Arah IR 4.0’ bertepatan dengan hasrat jabatan sebagai agensi pelaksana terbaik negara melalui yang penyampaian projek yang berkualiti.

Seramai hampir 120 orang Jurutera telah menghadiri mesyuarat ini termasuk yang berkhidmat di JKR Ibu Pejabat, JKR Negeri dan Kader di pelbagai Kementerian. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, YBhg. Dato’ Sri Ir. Dr. Roslan  bin Md Taha diikuti dengan acara kemuncak iaitu Town Hall Discussion dipengurusikan oleh YBhg. Dato’ Sri KPKR.

Terdapat 30 ruang pameran teknikal kejuruteraan awam termasuk pihak Roadcare (M) Sdn Bhd dan Empayar Indera Sdn Bhd telah dijemput untuk mengadakan sesi pameran bahagian masing-masing sempena mesyuarat tersebut.