Mesyuarat Pegawai Kanan JKR Malaysia 2023 telah berlangsung di Hotel Hatten Melaka pada 11 Julai – 13 Julai 2023. Pihak Roadcare bersama-sama dengan Dal HCM telah dijemput untuk mengambil bahagian sebagai pempamer bagi memeriahkan lagi majlis ini. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya Malaysia. Beliau juga telah sudi mengadakan lawatan ke reruai pameran bagi menyampaikan sijil penyertaan kepada pihak pempamer. Turut serta dalam majlis tersebut adalah Timbalan Menteri Kerja Raya YB Dato Sri Abdul Rahman Bin Haji Mohamad, Datuk Seri Hj Hasnol Zam Zam, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya dan juga Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia Datuk Ahmad Redza Ghulam Rasool. Pihak Roadcare diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Dato Wan Imran Bin Wan Omar dan juga Pengarah Urusan Kumpulan Protasco, Dato’ Ir Kenny Chong Ther Nen.