Jabatan Kerja Raya (JKR) telah menganjurkan Mesyuarat Pegawai Kanan JKR Tahun 2017 bertempat di Bukit Gambang Resort City, Pahang bertemakan “Togather We Deliver”, sejajar dengan saranan YB Perdana Menteri.

Mesyuarat ini bermula pada 22 sehingga 24 Mei 2017 dan melibatkan penyertaan seramai 400 orang pegawai-pegawai kanan JKR yang terdiri daripada Pengarah-Pengarah Cawangan dan Negeri, Jurutera-Jurutera Daerah dan Pegawai-Pegawai Kader dari seluruh negara.

Mesyuarat Pegawai Kanan JKR 2017 ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Menteri Kerja Raya.

Pihak Roadcare (M) Sdn Bhd dan QP Industries bersama-sama Gururealiti Sdn Bhd dijemput untuk mengadakan sesi pameran bahagian masing-masing sempena Mesyuarat Pegawai Kanan JKR 2017 berlangsung di Bukit Gambang Resort City tersebut.