Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands telah menganjurkan Karnival Makmur Pahang 2025 yang berlangsung di Padang Awam MDCH Tanah Rata selama tiga hari bermula pada 1 hingga 3 Ogos 2025. Karnival tersebut telah disempurnakan perasmiannya oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail.
Penganjuran karnival ini menampilkan pelbagai aktiviti riadah serta pengisian menarik yang melibatkan penyertaan reruai daripada pelbagai pihak, termasuk usahawan tempatan, sektor swasta dan agensi kerajaan. Program ini menjadi platform yang signifikan dalam memperkukuh hubungan antara masyarakat dan agensi berkaitan, di samping memberi peluang kepada para pengunjung untuk memperoleh maklumat, perkhidmatan serta pendedahan berkaitan pelbagai inisiatif pembangunan dan ekonomi setempat.