logo

Total Quality Road Maintenance Solutions

Program: Ekspo Terengganu 2018
Tarikh: 25 Februari hingga 3 Mac 2018
Masa: 10 Pagi -10 Malam
Tempat: Pekarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus

Kejayaan Ekspo Terengganu 2018 yang sehingga kini mencatatkan pengunjung lebih 500,000 pada hari kedua terakhir penganjurannya hari ini, mendapat pujian Datuk Seri Najib Razak yang memberi markah tertinggi kepada kerajaan negeri.

Perdana Menteri berkata, jumlah pengunjung yang di luar jangkaan dan kandungan paparan yang dipersembahkan kepada rakyat serta kejayaan ekspo itu menyuntik rangsangan dan inspirasi melayakkan kerajaan Terengganu selaku penganjur diberi markah tertinggi.

Beliau mengakui turut teruja dan bersemangat melihat kejayaan Ekspo Terengganu yang mendapat sambutan luar biasa, dengan menyaksikan 45 peratus daripada keseluruhan lebih 1.25 juta rakyat Terengganu melawat ekspo itu untuk mendapatkan pelbagai maklumat kejayaan kerajaan mentadbir negeri ini.

 

 

 

 

 

 

Back