logo

Total Quality Road Maintenance Solutions

YB Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof; Menteri Kerja Raya tiba di perkarangan dewan MARA Japan Industrial Institute (MJII) pada pukul 9 pagi menaiki bas dari Kompleks Kerja Raya, Kuala Lumpur dan disambut baik oleh penyambut tetamu JKR Hulu Langat.

Kedatangan pasukan jelajah FTROADPEDIA dan Menteri Kerja Raya di dewan MJII disajikan dengan persembahan pencak silat dan paluan kumpulan kompang.

Pasukan jelajah FTROADPEDIA bersama YB Menteri Kerja Raya diiringi Jurutera Daerah JKR Hulu Langat dan pasukan untuk sesi jamuan sarapan pagi bersama di dalam dewan MJII.

Sesi sarapan pagi dan sedikit ucapan alu-aluan dari Jurutera Daerah JKR Hulu Langat di sulamu sesi penyampaian dan penukaran cenderahati dari pihak JKR Hulu Langat kepada Kementerian Kerja Raya dan sebaliknya.

Sesi bergambar bersama pasukan jelajah FTROADPEDIA dan JKR Hulu Langat.

Back