logo

Total Quality Road Maintenance Solutions

Pada 20 Februari 2020 telah berlangsung  Hari Inovasi JKR Negeri Pahang 2019 dengan tema Warga Inovatif, Organisasi Produktif. Majlis ini merupakan program tahunan yang mana pada tahun ini JKR Daerah Pekan telah dipilih sebagai tuan rumah. YH. Dato’ Othman bin Nordin, Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang telah merasmikan Hari Inovasi JKR Pahang 2019. Majlis ini telah dihadiri oleh 350 peserta yang terdiri daripada Pegawai dan Kakitangan JKR Negeri Pahang. Pada majlis ini juga turut diadakan Ceramah Motivasi oleh Al-Fadhil Ustaz Nurhamizi Bin Jamaluddin.

Majlis ini bertujuan memberi penghargaan kepada JKR Cawangan/Bahagian/Daerah yang telah mencapai kejayaan di pelbagai peringkat pada tahun 2019.

Antara anugerah yang diterima oleh JKR Cawangan/Bahagian/Daerah iaitu :

1.Tempat ke-3, bagi Kategori Pengurusan JKR Daerah Terbaik sempena Hari Inovasi Kementerian Kerja Raya 2019 yang telah diadakan di CREaTE, Melaka pada 31 Oktober 2019 (JKR Daerah Jerantut).

2.Penganugerahan 5 bintang bagi kategori Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti 2018 (Bahagian Kewangan, JKR Pahang).

3.Anugerah Harapan Inovasi Terbaik JKR 2019, Kumpulan Sinar dari Cawangan Kejuruteraan Elektrik dan Kumpulan Padu, dari Bahagian Pentadbiran & Kewangan.

Selain itu juga, majlis ini turut mengadakan booth Pameran Teknikal oleh peserta-peserta dari pelbagai agensi termasuk juga Roadcare (M) Sdn Bhd.

     

    

    

     

     

     

Back