logo

Total Quality Road Maintenance Solutions

Pencapaian Jabatan Kerja Raya (JKR) melahirkan pelbagai inovasi saban tahun sehingga diiktiraf di peringkat antarabangsa menunjukkan jabatan itu adalah sebuah agensi pelaksana yang bertaraf dunia. Timbalan Menteri Kerja Raya, Mohd Anuar Mohd Tahir berkata, semua pihak perlu berbangga dengan JKR dan menghargai segala usaha dilakukan selama ini dalam menyediakan perkhidmatan terbaik untuk rakyat.

“Kementerian dan jabatan utama kita JKR akan sentiasa memberi perhatian kepada inovasi, kreativiti dan karya baharu dalam bidang profesional dan bidang yang boleh membawa keselesaan kepada rakyat,” katanya selepas merasmikan Hari Inovasi JKR 2018 ‘Leveraging Innovation Towards Industrial Revolution 4.0 (IR 4.0)’. Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Datuk Seri Zohari Akob dan Ketua Pengarah JKR, Datuk Seri Ir. Dr. Roslan Md Taha.

Turut berlangsung pameran inovasi dan industri yang disertai oleh warga JKR dan para pempamer luar seperti Roadcare (M) Sdn Bhd dan lain-lain. Majlis Penutup Hari Inovasi JKR Malaysia 2018 (HIJ 2018) disempurnakan oleh YB Timbalan Menteri Kerja Raya.

                              

Back