logo

Total Quality Road Maintenance Solutions

Lawatan YB Menteri Kerja Raya ke Lorong Motorsikal (FT02) & Pecah Tanah Projek Pembinaan Overhead Bridge di Persekutuan FT02

Lebih 55,000 penunggang motorsikal bakal menikmati perjalanan yang lebih selesa dengan pembinaan dua jejambat (overhead bridge) dan kerja-kerja naik taraf di lorong motorsikal Lebuhraya Persekutuan dengan kos sebanyak RM 29 juta.

Projek naik taraf di lorong motorsikal ini akan bermula bulan ini dan jangka siap pada April 2018.

Konsep turun padang ini juga lanjutan daripada aduan yang diterima daripada orang awam selain daripada inisiatif Kementerian untuk mengenal pasti permasalahan yang berlaku dan langkah-langkah yang boleh diambil untuk menambah baik lorong motorsikal di Lebuhraya Persekutuan sepanjang 28.5 km (sehala) ini.

Pihak Roadcare (M) Sdn Bhd bertindak sebagai tuan rumah untuk lawatan dan majlis pecah tanah ini.

Back