logo

Total Quality Road Maintenance Solutions

Seminar & Exhibition On Occupational Safety & Health

04 & 05 Oktober 2017

Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid

Seminar dan pameran mengenai “Safety and Health” adalah satu lagi seminar tahunan dan pameran yang dianjurkan oleh Pertubuhan Profesional JKR Malaysia, disokong oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia.

Tema seminar kali ini “Safety and Health Towards Sustainability”, adalah lanjutan dari seminar terdahulu; bertajuk “Sustainable Infrastructure” dan “Sustainable Development” dan “Sustainable Communities” dalam mempromosi keselamatan dan kesihatan ke arah “Green Mission”.

Seminar dan pameran ini bertindak sebagai platform untuk perkongsian ilmu dan pengalaman yang berkait rapat keselamatan dan kesihatan, kelestarian dengan pihak policy-makers, professional dan pihak berkepentingan yang lain.

Matlamat seminar ini adalah untuk mengintegrasikan secara holistik strategi, inisiatif dan maklumat ke arah komuniti yang lestari sebagai tindak balas kepada cabaran-cabaran global yang akan datang.

Pihak Roadcare (M) Sdn Bhd dijemput untuk mengadakan sesi pameran bahagian kesihatan dan keselamatan sempena SOSH 2017 di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kementerian Kerja Raya Malaysia.

 

Back