Pada 11 Disember 2019 telah berlangsung Program Misi Bantuan Banjir di Setiu dan Besut, Terengganu yang dianjurkan oleh Jabatan Kerja Raya Malaysia. Majlis Pelancaran program ini telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya Malaysia, Tuan IR Kamaluddin Bin Hj Abdul Rashid.

Misi ini bermula pada 11 Disember 2019 dan berakhir pada Disember 2019 bertujuan untuk membeeri bantuan awal kepada magsa banjir dengan memberi fokus kepada pembersihan bangunan awam seperti sekolah – sekolah didaerah tersebut serta pemberian sumbangan barangan keperluan harian.

Protasco Berhad, melalui anak syarikatnya Roadcare (M) Sdn Bhd tidak ketinggalan untuk turut serta menyumbang tenaga dalam misi dengan disertai kakitangannya seramai 35 orang