Banjir yang melanda Negeri Pahang baru – baru ini telah mengakibatkan banyak kerosakan harta benda dan kakitangan Roadcare tidak terlepas menjadi mangsa banjir tersebut, Oleh itu Pihak Pengurusan Roadcare (M) Sdn Bhd tidak melupakan kakitangannya yang terkesan akibat bencana ini dengan menyampaikan sumbangan bantuan bagi meringankan beban mereka yang melibatkan staf P3 Temerloh. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Dato Sri’ dan pihak pengurusan di atas keprihatinan dan  sumbangan ini.