Pertubuhan Bekas Ahli 4B Malaysia (Alumni 4B) telah melancarkan tabung kebajikan bertujuan mengumpul dana bagi membantu ahli-ahli yang uzur dan terkesan akibat bencana alam yang berlaku baru-baru ini. Majlis pelancaran tabung tersebut diadakan di perkarangan Ibu Pejabat Pertubuhan Bekas Ahli 4B Malaysia dan dirasmikan oleh Presiden Pertubuhan Bekas Ahli 4B Malaysia, YBhg. Datuk Syed Azmi Ahmad Bin Syed Nazir Ahmad.
Sebagai tanda sokongan, pihak Roadcare (M) Sdn Bhd melalui program tanggungjawab sosial korporat telah dengan berbesar hati menyumbang kepada tabung kebajikan ini. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Wan Imran Bin Wan Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Roadcare (M) Sdn Bhd.