Majlis Perhimpunan Bulanan peringkat Kementerian Kerja Raya telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid dan dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Fasiliti (BPF), Kementerian Kerja Raya.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Seri Azman Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, yang turut menekankan kepentingan pengukuhan kerjasama strategik serta komitmen berterusan dalam memperkasakan pembangunan dan penyampaian infrastruktur negara.
Sebagai rakan strategik industri, Roadcare turut berbesar hati menerima jemputan untuk hadir dan bersama-sama memeriahkan majlis ini. Penyertaan tersebut mencerminkan hubungan kerjasama yang erat antara sektor awam dan swasta dalam usaha memastikan penyampaian perkhidmatan infrastruktur yang lebih efisien, mampan dan berkualiti demi kesejahteraan rakyat serta pembangunan negara yang berterusan.