Persidangan Pegawai Kanan JKR Malaysia 2026

Persidangan Pegawai Kanan Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia (SOC) 2026 edisi ke-24 telah diadakan di Hotel Royal Chulan Seremban, Negeri Sembilan. Persidangan ini berlangsung dari 6 hingga 8 Mei 2026 dan menghimpunkan pegawai kanan JKR dari seluruh negara.
 
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB. Datuk Seri Dr. Ahmad Bin Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia.
Dengan tema “Memacu Reformasi Pintar JKR”, SOC 2026 turut menjadi platform penting kepada pemain industri dan agensi berkaitan untuk memperagakan teknologi terkini dalam bidang pembinaan.
Selain itu, persidangan ini berperanan memperkukuhkan sinergi antara sektor awam dan swasta dalam merealisasikan agenda pembangunan negara.