Persidangan Pegawai Kanan (SOC) JKR Malaysia dimulakan dengan Ucapan aluan YBrs. Ir. Mohd Zawawi Bin Zakaria, menjalankan tugas Pengarah JKR Negeri Selangor selaku tuan rumah SOC tahun 2024, disusuli dengan ucapan dari YBhg. Dato’ Ir. Haji Badioezaman Bin Ab Khalik, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) yang menjalankan tugas Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, manakala ucapan perasmian disempurnakan oleh YB Datuk Seri Haji Ahmad Bin Haji Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya.
Turut hadir sama pada majlis perasmian ini ialah YBhg Dato’ Zahrul Hakim Bin Abdullah, Timbalan Menteri Ketua Setiausaha (Sektor Dasar & Pembangunan) Kementerian Kerja Raya, serta pegawai-pegawai kanan Kementerian Kerja Raya dan Jabatan Kerja Raya.
YB Datuk Seri Haji Ahmad Bin Haji Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya, bersama delegasi berbesar hati untuk berkunjung ke reruai pameran selepas selesai persidangan pada pagi ini.
Sekalung penghargaan turut diucapkan kepada YB Datuk Seri Haji Ahmad Bin Haji Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya di atas kesudian singgah di reruai pameran Roadcare.