Pada 27 Mei 2024 telah berlangsung Persidangan Pegawai Kanan JKR Malaysia 2024 di KSL Hotel Klang. Persidangan ini diadakan selama 3 hari bermula pada 27 Mei – 29 Mei 2024. Pihak Roadcare bersama-sama dengan Dal HCM dan juga Empayar Indera telah dijemput untuk mengambil bahagian sebagai pempamer bagi memeriahkan lagi majlis ini. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Haji Ahmad Bin Haji Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya. Beliau juga telah sudi mengadakan lawatan ke reruai pameran bagi menyampaikan sijil penyertaan kepada pihak pempamer. Turut serta dalam majlis tersebut adalah YBhg. Dato’ Ir. Haji Badioezaman Bin Ab Khalik, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) yang menjalankan tugas Ketua Pengarah Kerja Raya dan juga YBhg Dato’ Zahrul Hakim Bin Abdullah, Timbalan Menteri Ketua Setiausaha ( Sektor Dasar & Pembangunan) . Pihak Roadcare diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Dato Wan Imran Bin Wan Omar dan juga Pengarah Urusan Kumpulan Protasco, Dato’ Ir Kenny Chong Ther Nen.