Persidangan Pegawai Kanan (Soc) Jabatan Kerja Raya Malaysia 2022 Casuarina Convention Centre, Meru Ipoh, Perak

Persidangan Pegawai Kanan Jabatan Kerja Malaysia telah berlangsung selama 3 hari bermula 20 Jun sehingga 22 Jun 2022 bertempat di Casuarina Convention Centre Meru, Ipoh Perak. Persidangan ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Fadillah Bin Yusof, Menteri Kerja Raya Malaysia. Pihak Roadcare (M) Sdn Bhd telah dijemput untuk menyertai Pameran sempena persidangan tersebut.