Program ” Coffee Break” Aidilfitri 2023 Roadcare (M) Sdn Bhd

Pada 19 April 2023 telah diadakan Program “Coffee Break” Aidilfitri yang melibatkan semua wilayah negeri dibawah seliaan pihak Roadcare (M) Sdn Bhd. Sebagaimana yang telah dijalankan sebelum ini, Program “Coffee Break” Aidilfitri telah menjadi salah satu program rutin setiap tahun bagi pihak Roadcare dibawah program Tanggungjawab Sosial Korporat untuk menyediakan minuman dan makanan ringan untuk pengguna jalanraya yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi ruang kepada pengguna jalanraya bagi merehatkan diri serta menikmati juadah yang disediakan oleh pihak Roadcare dan juga memberi panduan serta khidmat nasihat agar sentiasa berhati-hati dijalanraya sebelum mereka meneruskan perjalanan ke destinasi masing- masing.Objektif program ini adalah untuk memberi panduan dan pandangan berharga kepada pelajar- pelajar dalam menentukan halatuju perjalanan memilih kerjaya dalam kejuruteraandan juga memberi maklumat mengenai laluan kerjaya, industri dan peluang pekerjaan dalam bidang kejuruteraan dan keselamatan. Program ini diadakan secara sesi dialog yang diketuai oleh moderator dan juga 4 org panel speaker terdiri daripada kakitangan CSFJ dan juga Roadcare. Tetamu VIP yang hadir pada majlis ini ialah YBhg. Tuan Pengarah CSFJ, Ir.Ts. Hj Mohd Nasir Bin Bontat, Ketua Pegawai Eksekutif Roadcare (M) Sdn Bhd, Dato’ Wan Imran Bin Omar dan juga Tuan Pengetua SMK Sultan Abu Bakar, Tuan Hj. Asruddin Bin Hj Abas.