Pada 19 April 2023 telah diadakan Program “Coffee Break ” Aidilfitri  yang melibatkan semua wilayah negeri dibawah seliaan pihak Roadcare (M) Sdn Bhd. Sebagaimana yang telah dijalankan sebelum ini, Program ” Coffee Break” Aidilfitri telah menjadi salah satu program rutin setiap tahun bagi pihak Roadcare dibawah program Tanggungjawab Sosial Korporat untuk menyediakan minuman dan makanan ringan untuk pengguna jalanraya yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi ruang kepada pengguna jalanraya bagi merehatkan diri serta menikmati juadah yang disediakan  oleh pihak Roadcare dan juga memberi panduan serta khidmat nasihat agar sentiasa berhati-hati dijalanraya sebelum mereka meneruskan perjalanan ke destinasi masing- masing.