Menjelang perayaan Hari Raya #aidilfitri2024, ramai pastinya pulang ke kampung halaman masing-masing. Bagi membantu para pemandu yang memandu pulang ke kampung, Pihak Roadcare telah mengadakan program “Coffee Break” iaitu dengan menyediakan minuman dan makanan ringan yang diberi secara percuma agar dapat memberi kesegaran kepada pemandu ketika perjalanan pulang ke kampung halaman. Program ini diadakan secara serentak di setiap wilayah negeri dibawah seliaan Roadcare. Bermula pada 7-8 April 2024 dari pukul 7.30 malam sehingga 11.00 malam.





