Telah menjadi kebiasaan setiap kali menjelang musim perayaan Tahun Baru Cina pastinya kita akan pulang ke kampung halaman bagi menyambut perayaan ini bersama dengan ahli keluarga yang tersayang, Jadi bagi memulakan perjalanan, Pihak Roadcare (M) Sdn Bhd telah mengadakan program “Coffee Break” sempena Tahun Baru Cina 2024 bagi memberi sedikit kesegaran kepada terutama kepada pengguna jalanraya yang akan pulang ke kampung halaman. Pihak Roadcare menyediakan sedikit juadah ringan dan juga mengingatkan kepada pengguna jalanraya agar berhati-hati ketika memandu.