Menjelang perayaan Tahun Baru Cina, kebiasaan bagi warga kota adalah pulang ke kampung halaman untuk menyambut perayaan bersama keluarga. Dalam semangat tanggungjawab sosial korporat, pihak Roadcare telah melaksanakan program “Coffee Break” dengan menyediakan minuman kopi percuma di lokasi-lokasi terpilih di setiap negeri di bawah penyeliaan Roadcare. Program ini berlangsung selama dua hari sebelum dan dua hari selepas perayaan.