Pada 15 September 2023 telah berlangsung Program CSR Hari Profesion Teknikal Negara (HPTN ) 2023 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abu Bakar, Kuantan Pahang bertemakan Kejuruteraan: Membina Jejak ke Hadapan. Program ini diadakan bersempena Hari Profesional Teknikal Negara yang akan berlangsung pada 4 -5 Disember bertempat di Dewan Damar Sari, Parcel F Presint 1, Putrajaya. Antara yang menghadiri program ini ialah pelajar -pelajar daripada Tingkatan 5 dan 6 iaitu seramai 120 orang pelajar dari sekolah tersebut.

Program ini telah dianjurkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ) Jabatan Kerja Raya penyelaras kepada Program CSR HPTN Tahun 2023 bersama Roadcare (M) Sdn Bhd sebagai rakan strategik.

Objektif program ini adalah untuk memberi panduan dan pandangan berharga kepada pelajar- pelajar dalam menentukan halatuju perjalanan memilih kerjaya dalam kejuruteraandan juga memberi maklumat mengenai laluan kerjaya, industri dan peluang pekerjaan dalam bidang kejuruteraan dan keselamatan.

Program ini diadakan secara sesi dialog yang diketuai oleh moderator dan juga 4 org panel speaker terdiri daripada kakitangan CSFJ dan juga Roadcare. Tetamu VIP yang hadir pada majlis ini ialah YBhg. Tuan Pengarah CSFJ, Ir.Ts. Hj Mohd Nasir Bin Bontat, Ketua Pegawai Eksekutif Roadcare (M) Sdn Bhd, Dato’ Wan Imran Bin Omar dan juga Tuan Pengetua SMK Sultan Abu Bakar, Tuan Hj. Asruddin Bin Hj Abas.