Hari ini telah diadakan Program Hari Bertemu Pelanggan JKR Kuala Langat Bersama Ketua Kampung Daerah Kuala Langat dengan kerjasama dengan pihak konsesi Persekutuan & Negeri.
Program ini dianjurkan oleh JKR Daerah Kuala Langat bersama-sama pihak konsesi persekutuan & negeri bagi tujuan mengenal pasti dan menyelesaikan isu – isu permasalahan berkaitan infrastruktur di daerah terbabit dan mengadakan perbincangan secara langsung serta dapat membina hubungan baik antara pihak berkuasa tempatan dalam memahami keperluan serta aduan penduduk dengan lebih jelas diantara JKR Kuala Langat, Roadcare, dan ketua kampung serta masyarakat setempat.
Tetamu kehormat yang hadir terdiri daripada Ir. Hanif Bin Latif (Jurutera Daerah Kuala Langat) dan Ir. Mohd Faizal Bin Jantan (Jurutera Jalan Daerah Kuala Langat), barisan pegawai – pegawai JKR Kuala Langat dan Ketua-Ketua Kampung Daerah Kuala Langat serta pegawai konsesi Persekutuan & Negeri.






