TEMERLOH, 2 Julai – Roadcare (M) Sdn Bhd (Roadcare) menyumbangkan enam lembu korban untuk pejabat Wilayah Pahang sempena Aidiladha tahun ini. Program Qurban Roadcare Wilayah Pahang itu diadakan di Yard Temerloh, dekat sini, semalam. Sumbangan lembu korban itu adalah inisiatif Pengarah Urusan Roadcare, Datuk Seri Muzaffar Shah Abdul Rahman. Program itu bukan sahaja membabitkan kakitangan syarikat konsensi tapi turut mendapat kerjasama masyarakat setempat. Roadcare bukan sahaja melakukan korban dan mengagihkan daging kepada mereka yang layak menerima sumbangan daging korban, tapi turut bersama-sama memasak untuk peserta program itu program seumpama itu adalah acara tahunan Roadcare dan ia dapat mendekatkan lagi hubungan antara kakitangan mereka dan penduduk sekitar.