Menuju 31 Ogos 2023, Malaysia akan menyambut Hari Kebangsaan yang ke-66, menandakan sudah lebih enam dekad kita menikmati kebebasan dan keamanan sejak laungan keramat “Merdeka” bergema di Padang Kelab Selangor pada 31 Ogos 1957. Justeru, Roadcare mengadakan program Jom Kibarkan Jalur Gemilang di peringkat Ibu Pejabat, pejabat Wilayah, pejabat Kawasan dan pejabat mini seluruhnya. Ayuh Malaysiaku, masa untuk kibar Jalur Gemilang!