Program Karnival ENG Nak Sihat Peringkat Daerah Cameron Highlands telah diadakan di Padang Awam Cameron Highlands. Pihak Roadcare telah dijemput untuk turut serta dalam program ini.
Pihak Roadcare Cameron Highlands memberikan penerangan berkaitan skop penyelenggaraan jalan persekutuan kepada penduduk setempat.
Selain itu, pihak Roadcare Cameron Highlands juga mempromosikan applikasi My Jalan serta memberi tunjuk ajar cara penggunaan.
Tambahan juga, pihak Roadcare memberi peluang kepada penduduk setempat yang berkelayakan untuk memohon pelbagai jawatan protege.