Pada 20 Jun 2024 , Pihak Roadcare telah mengadakan majlis ibadah korban yang diadakan di perkarangan pejabat Roadcare Wilayah Selangor. Sebanyak 3 ekor ekor lembu korban telah disembelih yang diketuai oleh Hj Shahril Bin Munir, Pengurus Roadcare Wilayah Selangor.
Turut serta dalam program ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif Roadcare YBhg. Dato’ Wan Imran Bin Wan Omar dan juga Pengurus Besar (Operasi ) Roadcare, En Nikifli Nurizan Bin Nik Saad.
Terima kasih YBhg. Dato yang telah sudi menyampaikan agihan daging korban kepada kakitangan Roadcare serta golongan asnaf dan juga maahad tahfiz.







