BENTONG: Jabatan Kerja Raya (JKR) Pahang mengagihkan 200 bungkusan cenderahati kepada pengguna jalan alternatif Bentong-Gua Musang dekat Teras, di sini pada Program Pemantauan Keselamatan Jalan Raya ‘Coffee Break’ sempena Tahun Baharu Cina, semalam.

Program kali pertama dianjurkan JKR Pahang itu dengan kerjasama Roadcare Sdn Bhd yang dirasmikan Pengarah JKR Raya Pahang, Datuk Othman Nordin.

Sebelum ini program Coffee Break diadakan setiap kali menjelang dan selepas Aidilfitri membabitkan beberapa laluan utama di negeri ini.

Program berkenaan diadakan bagi memeriahkan lagi sambutan Tahun Baharu Cina kali ini dan juga bertujuan memberi kesedaran kepada pengguna jalanraya supaya sentiasa berhati – hati memandu semasa musim perayaan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini

Antara yang turut hadir bagi memeriahkan lagi program ini ialah Pegawai Daerah Bentong, Datuk Mohd Zulkifli Hashim dan Pengurus Besar Roadcare, Nafisah Abd Aziz.

Program tanggungjawab sosial korporat ini akan diteruskan dalam usaha untuk memeriahkan lagi perayaan pada masa akan datang